Sunday 30 September 2012

Kenali Matematik bersama Cikgu Hazaini .....



Assalamualaikum...Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.....


Kenali Matematik adalah blog yang mengetengahkan aspek memupuk minat dalam Matematik khas buat murid-murid di sekolah rendah... Entri-entri di dalam blog ini ditujukan buat ibu bapa,guru-guru kakak atau abang yang ingin memupuk minat dalam diri anak-anak agar meminati Matematik dan berjaya di dalam subjek tersebut...


      Langkah awal adalah langkah yang terpenting sekali bagi menanam minat dalam diri anak-anak. Blog Kenali Matematik akan memberi tips,panduan dan cara yang boleh membantu di dalam sesi pembelajaran Matematik...Dari pengalaman saya sebagai guru Matematik sekolah rendah,subjek Matematik adalah subjek yang sukar mendapat tempat di hati murid-murid,maka bantuan dari orang dewasa amatlah penting dalam menambahkan kefahaman murid dan akhirnya menjadikan Matematik sebagai salah satu subjek yang diminati...


Bagi sesetengah pihak,mereka menganggap Matematik sekolah rendah adalah subjek yang mudah diajar... tapi bagaimana untuk memupuk kefahaman pada murid-murid itu menjadi masalah utama.  Pemahaman orang dewasa dan anak-anak kecil adalah berbeza.Orang dewasa mempunyai mungkin mempunyai jawapan tersendiri tetapi langkah dan jawapan bagi murid-murid sekolah rendah mungkin berbeza.Insyaallah,Kenali Matematik akan cuba memberi panduan dan tips untuk kita sama-sama gunakan bagi membantu anak-anak murid di sekolah rendah.


Dengan blog Kenali Matematik ini..saya harap ia dapat menjadi panduan buat guru-guru,ibu bapa atau sesiapa sahaja yang ingin memupuk jiwa anak-anak agar  dapat meminati,memahami dan seterusnya menguasai  Matematik.Segala komen dan pandangan dari pembaca amat diperlukan untuk sama-sama mencari jalan dan penyelesain terbaik bagi anak-anak di era baru ini....